JellyPages.com

Tuesday, April 9, 2013

Jalani kehidupan yang berwarna-warni, Belajar daripada setiap stesen kehidupan ini, Semoga kehidupan menjadi lebih bererti, Dalam rahmat Allah S.W.T


Aku sering mendengar bahawa kekayaan tidak membawa kepada kebahagiaan. aku setuju. Keadaan di sekitar aku membuatkan aku percaya. Tidak perlu  diceritakan apakah keadaan yang sebenarnya kerana perkara itu agak sensitif.




Sebanyak manapun harta yang kita ada bukan boleh digunakan untuk membeli nilai sebuah kebahagiaan. Lebih baik kita hidup dalam keadaan yang sederhana asalkan hati kita bahagia. Pendidikan agama adalah sesuatu yang sangat berharga. Di situlah akar segalanya.



Apa guna kalau kita terlampau mengejar kekayaan di dunia sedangkan hati kita tidak setenang air di kali? Kembalilah kepada Allah walau apa jua keadaan kita.Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita.


Aku cuma mampu mendoakan masih ada sinar kebahagiaan di sebalik semua yang terjadi. Semoga peristiwa yang sedang berlaku di sekitar aku akan kembali pulih seperti sediakala.Semoga tabah menghadapi ujian ini. Aku sangat mengharapkan kemelut yang melanda sekarang akan berakhir dengan segera.

Setiap orang mengimpikan kebahagiaan begitu juga dgn aku, kadang2 kebendaan xmenjamin kebahagian.Kadang2 aper yang aku nak smua ayah aku tunaikan nak handphone, nak kereta duit smua dia tunaikan tapi itu semua itu xmengembirakan aku.Aku inginkan sebuah keluarga yang bahagia seperti ibu bapa yang lain.Aku xmahu melihat ibu bapa aku berpisah kerana aku xkuat untuk hadapi semua ini.Kadang2 diri aku ni xberguna langsung sbgai anak sulung xboleh nak buat apa2 untuk mempertahankan rumah tangga ibu bapa aku.Aku pasrah klau penceraian takdir mereka.

Segala kenangan bersama dlu xdapat aku kecapi skrg.Aku rasa sungguh tertekan.Bila blik rmah xdapat makan 1 family mcm dllu, bla time holiday atau cuti sekolah xdapat dah gi makan angin bersama family.sedihnya rasa.Raya pn dah xapat bersama..Ambik gambar konvo hari tu pn xdapat bersama.sedihnya rasa nmpaknya perpisahan adalah jalan terbaik untuk mereka.Aku perlukan semangat daripada mereka untuk meneruskan kehidupan ..aku xnak result aku down kerana perkara ini.Ya allah kuatkan lah iman aku untuk hadapi semua ini..Aku sayangkan ibu bapa aku ..


Walaupun aku marah dengan sikap ayah aku yang buat ibu aku macam ni tapi dia tetap ayah aku..memang kadang2 bnci dengan semua ini.Terima kasih kepada perempuan yang telah merosakkan hubungan ibu bapa aku,suatu hari nanti allah akan bagi balasan yang setimpal kat atas engkau.dndam tetap dendam.

Itulah sebabnya aku serik untuk kenal dengan lelaki kerana mereka tidak pernah menghargai perempuan.





Tangisan pengubat segala kerinduan.


No comments: